9 Panduan Berkait Kekeluargaan Berasaskan Ayat Al-Quran & Hadis

Unknown | Date : November 21, 2017 | Series :

Al-Quran yang mulia serta hadis Rasulullah SAW banyak menyebut perihal kekeluargaan, iaitu merangkumi perihal anak-anak, suami serta isteri. Sesuailah dengan tujuan utama Al-Quran itu diturunkan iaitu sebagai panduan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan. Berikut dikongsikan serba sedikit ayat-ayat Al-Quran serta hadis Baginda Nabi SAW yang berkait dengannya.

#1 – Anak Dan Isteri Sebagai Penyejuk Hati

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Ayat ini merupakan satu doa yang boleh diamalkan untuk memperoleh jodoh, zuriat atau tatkala memohon kebaikan pada anak juga isteri ke jalan yang diredhai oleh Allah.

#2 – Anak Dan Isteri Merupakan Ujian

“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.”
(Surah at-Taghabun ayat 14)

#3 – Pelihara Diri Dan Keluarga Dari Api Neraka

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu..”
(At-Tahrim : 6)

#4 – Doa Memohon Anak Yang Baik

“Wahai Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar doa.”
(Surah Ali Imran: 38)

Ini merupakan doa Nabi Zakaria alaihissalam.

#5 – Anak Itu Fitrah (Suci)

Rasulullah SAW bersabda;

“Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#6 – Mendidik Anak

Rasulullah SAW bersabda;

“Mendidik anak lebih baik bagi seseorang berbanding bersedekah secupak.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

#7 – Adab Mulia Terhadap Anak

“Tidak ada pemberian seorang bapa terhadap anaknya yang lebih baik dari adab yang mulia.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

#8 – Cara Mendidik Anak

“Berlaku pemurahlah kamu terhadap anak-anak kamu dan perbaikilah adab mereka.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

#9 – Ganjaran Memperoleh Anak Soleh

“Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Banyak bukan tips mahupun panduan yang boleh diambil melalui nas Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW? Ini hanyalah sebahagian sahaja. Justeru, bagi mereka yang tercari-cari serta bingung bagaimana ingin menyelesaikan permasalahan anak-anak juga suami/isteri, berbaliklah semula pada kedua sumber ini.

Benarlah firman Allah SWT menyatakan;

“Sesungguhnya, Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”
(Al-Israa’: 9)

Juga sabda Baginda SAW;

“Aku telah tinggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat salaam kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”
(Hadis Riwayat Imam Malik dan Muslim)

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada penulis juga pembaca. Allahumma amiin. Wallahua’lam.

google+

linkedin

Like Box

loading...